Wednesday 31 August 2011

Salam Aidilfitri


Nisa' Sepang mengucapkan :

"Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin"

Semoga semua sahabat-sahabat sentiasa berada dalam Rahmat Allah swt..Ameen Ya Rabb..

Salam Syawal

Friday 12 August 2011

Ramadhan Kareem


Ramadhan Kareem  diucapkan kepada semua umat islam yang sedang menjalankan ibadah puasa. Pejam celik pejam celik dah masuk 12 hari kita berpuasa hari ni. 

Sedikit perkongsian di bulan Ramadhan

Sabda Rasulullah saw :

"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan"

Ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan. Di awalnya RAHMAH, ditengah-tengahnya MAGHFIRAH, dan Di hujungnya KEBEBASAN daripada API NERAKA. Kejarlah ganjaran-ganjaran yang Allah sediakan untuk kita umat Islam dalam bulan Ramadhan.

Jangan sampai nafsu menguasai akal sehingga kita malas untuk merebut ganjaran-ganjaran yang Allah sediakan. Mungkin ini ramadhan kita yang terakhir. Sesungguhnya kematian itu tidak kita ketahui. Sedikit peringatan, Semoga kita semua menjadi HAMBA ALLAH dan bukan hanya HAMBA RAMADHAN. Ini kerana Hamba Allah adalah orang yang sentiasa mengamalkan amalan yang dilakukan dalam kehidupan sehariannya setiap hari. Manakala hamba ramadhan adalah orang yang hanya mengamalkan amalan yang dilakukan hanya pada bulan ramadhan sahaja. Oleh itu ayuh kita jadikan Ramadhan sebagai pemula kepada perjalanan istiqamah dalam amalan yang kita lakukan.

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertakhta di hati kita selama ini. Inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan.

Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam. Anggaplah bila kita nak melakukan IBADAH kepada Allah bahawa dihadapan kita adalah SYURGA, di bawah kita adalah NERAKA dan dibelakang kita adalah MALAIKAT MAUT. Semoga kita semua dipermudahkan dalam urusan melakukan IBADAH kepada Allah swt. Ameen Ya Rabb.

Ok la setakat ini dahulu..Moga dengan sedikit perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Allahua'lam..

Salam alaik